Wednesday, December 8, 2010

cameron higland

indahnya ciptaan Allah, belbagai bentuk kektus
SUBAHANALLAH
stawbery yg hanya tumbh di tmpt sejuk,sangat indah sekali aturan Allah
SUBAHANALLAH

bungA yang pelbagai warna & bentuk, menampakkan lagi keindahan-Nya
SUBAHAALLAH

Wednesday, November 24, 2010

:)

Antara kekeliruan yg sering berlaku dlm konteks dakwah ialah menanti kesempurnaan diri sebelum melaksanakan dakwah..

dengan kefahaman itu seseorang: yang mampu mencegah kemungkaran tidak melakukannya kerana merasakan amalannya belum cukup mantap dan masih bayak kelemahan diri .

Berkaitan dgn isu ini Imam Said bin Jubair berkata,"Jika seseorang tidak mahu mengajak kepada makruf dan mencegah kemungkaran sehingga keadaannya menjadi sempurna,tidak ada sesiapapun yg mengajak kepada makruf dan mencegah kemungkaran"

Imam malik amat bersetuju dengan keyataan Imam Said bin Jubair ini dan sebagai tandai sokongan beliau menambah ."Dan siapakah antara kita yg lengkap dn sempurna imannya??,

Imam Al-Hassan berkata,"Siapa antara kita yg melaksanakan kesemua perkara yg diserunya?? Syaitan amat menyukai jika manusia diperdayakan dgn sikap ini ,sehingga akhirnya tidak ada sesiapapun yg mengajak kepada makruf dan mencegah kemungkaran...

Sunday, November 7, 2010

Bertudung tapi ..Tak Faham Aurat

Baju nipis nampak bayang
Peha gebu saja ditayang
Lebih baik tak pakai baju senang
Dah tentu boleh tunjuk terang-terang

Baju ketat seluar sendat
Pakai tudung just ikat-ikat
Dari mula memang bukan adat
Disudut agama pun gaya tak berkat

Tudung jarang baju nipis
Pakai sikit boleh nampak ‘garis’
Mata orang terbeliak, kita membengis
Bila kena kutuk, kenapa menangis

Lengan pendek blaus gantung
Jeans ketat melekat dipunggung
Jadi orang Islam ni sebenarnya beruntung
Agama tak suruh berbungkus macam pocong

Apa rasanya, kepala bertudung, kain terbelah
Kalau takat rambut orang kurang ghairah
Lain kalau peha gebu atau ternampak lurah
Mata yang memandang boleh keluar darah

Kebaya ketat, kain terbelah
Ikat tudung macam tak sudah
Nak ikut suruhan agama memang tak mudah
Tapi Islam sebenarnya indah

Tutup aurat bukan suruh berselubung
Sampai tak nampak muka dan hidung
Yang faham tuntutan amat beruntung
Taklah bersungut mulut pun muncung

Dah kalau mula minat nak bertudung
Cubalah sesuaikan apa yang disarung
Kalau masih rasa jiwa tu ‘mendung’
Maknanya nafsu tu belum dapat dibendung

Bertudung itu bukan satu paksaan
Ianya lebih kepada keinsafan
Selalunya nafsu masih dikuasai syaitan
Itu la pasal fesyen pun yang bukan-bukan

Asal menutup aurat itu tuntutan
Kalau dianggap susah, tu sebab bosan
Yang ye nya hati tak berkenan
Tu yang berjela-jela mencipta alasan

Menutup aurat satu syariat
Kepada agama kita taat
Hidup berkat pahala berlipat-lipat
Didunia selamat, di akhirat hebat

di ambil dari http://www.isuhangat.net

Friday, November 5, 2010

taubat nasuha




"ialah kembali kepada ALLAH S.W.T Tuhan yang Esa dengan meninggalkan segala dosa-dosa yang telah dilakukan sama ada secara sedar atau sebaliknya denngan sebenar-benar penyerahan. kembali kepada ALLAH dengan seikhlas dan setulus hati. lalu diikuti dengan mentaati segala perintah-Nya hingga dengan itu dapat membawa kita ke makam yang mulia di sisi ALLAH S.W.T, iaitu maqam taqwa dan secara langsung kita meninggalkan jalan kebinasaan yang dipandu oleh nafsu dan syaitan"

Wednesday, October 27, 2010

sanah helwah :)

terima kasih sahabat-sahabat yang dikasihi
jasa anda amat dikenang..




kek bersama classmate :)
sangat sedap..umm..nyammm2



ini pula kek dari jpp
kejutan???
waa...sangat terharu......




jzklh ya roomate (ukhti aisyah) & jiran2
balik bilik je, ada kek lagi..
sangat2 terharu & teruja..huksss


Wednesday, October 13, 2010

pertunanganku

Hari-hari berlalu yang dilewati seakan sudah bertahun lamanya, namun yang perlu diakui ialah ianya baru beberapa minggu lalu. Iya, hanya beberapa minggu lalu. Berita itu aku sambut dengan hati yang diusahakan untuk berlapang dada. Benar, aku berusaha berlapang dada. Terkadang, terasa nusrah Ilahi begitu hampir saat kita benar-benar berada di tepi tebing, tunggu saat untuk menjunam jatuh ke dalam gaung. Maha Suci Allah yang mengangkat aku, meletakkan aku kembali di jalan tarbiyyah
dan terus memimpin untukku melangkah dengan tabah.


Aku hanya seorang Insyirah. Tiada kelebihan yang teristimewa, tidak juga punya apa-apa yang begitu menonjol. Jalan ku juga dua kaki, lihat ku juga menggunakan mata, sama seperti manusia lain yang menumpang di bumi Allah ini. Aku tidak buta, tidak juga tuli mahupun bisu. Aku bias melihat dengan sepasang mata pinjaman Allah, aku bisa mendengar dengan sepasang telinga pinjaman Allah juga aku bisa bercakap dengan lidahku yang lembut tidak bertulang. Sama seperti manusia lain.

Aku bukan seperti bondanya Syeikh Qadir al-Jailani, aku juga tidak sehebat srikandi Sayyidah Khadijah dalam berbakti, aku bukan sebaik Sayyidah Fatimah yang setia menjadi pengiring ayahanda dalam setiap
langkah perjuangan memartabatkan Islam. Aku hanya seorang Insyirah yang sedang mengembara di bumi Tuhan, jalanku kelak juga sama... Negeri Barzakh, insya Allah. Destinasi aku juga sama seperti kalian, Negeri Abadi. Tiada keraguan dalam perkara ini. Sejak dari hari istimewa tersebut, ramai sahabiah yang memuji wajahku berseri dan mereka yakin benar aku sudah dikhitbah apabila melihat kedua tangan ku memakai cincin di jari manis. Aku hanya tersenyum,tidak mengiyakan dan tidak pula menidakkan. Diam ku bukan membuka pintu-pintu soalan yang maha banyak, tetapi diam ku kerana aku belum mampu memperkenalkan insan itu. Sehingga kini, aku tetap setia dalam penantian.
Ibu bertanyakan soalan yang sewajarnya aku jawab dengan penuh tatasusila.

"Hari menikah nanti nak pakai baju warna apa?"
Aku menjawab tenang.. "Warna putih, bersih..."
"Alhamdulillah, ibu akan usahakan dalam tempoh terdekat."
"Ibu, 4 meter sudah cukup untuk sepasang jubah. Jangan berlebihan."
Ibu angguk perlahan.
Beberapa hari ini, aku menyelak satu per satu... helaian demi helaian
naskhah yang begitu menyentuh nubari aku sebagai hamba Allah. Malam
Pertama... Sukar sekali aku ungkapkan perasaan yang bersarang, mahu saja aku menangis semahunya tetapi sudah aku ikrarkan, biarlah Allah
juga yang menetapkan tarikhnya kerana aku akan sabar menanti hari bahagia tersebut. Mudah-mudahan aku terus melangkah tanpa menoleh ke
belakang lagi. Mudah-mudahan ya Allah.

Sejak hari pertunangan itu, aku semakin banyak mengulang al-Quran. Aku
mahu sebelum tibanya hari yang aku nantikan itu, aku sudah khatam al-Quran, setidak-tidaknya nanti hatiku akan tenang dengan kalamullah yang sudah meresap ke dalam darah yang mengalir dalam tubuh.
Mudah-mudahan aku tenang... As-Syifa' aku adalah al-Quran, yang setia menemani dalam resah aku menanti. Benar, aku sedang memujuk gelora hati. Mahu pecah jantung menanti detik pernikahan tersebut, begini rasanya orang-orang yang mendahului.

"Kak Insyirah, siapa tunang akak? Mesti hebat orangnya. Kacak tak?"

Aku tersenyum, mengulum sendiri setiap rasa yang singgah. Maaf, aku masih mahu merahsiakan tentang perkara itu. Cukup mereka membuat penilaian sendiri bahawa aku sudah bertunang, kebenarannya itu antara aku dan keluarga.

"Insya Allah, 'dia' tiada rupa tetapi sangat mendekatkan akak dengan Allah. Itu yang paling utama."

Berita itu juga buat beberapa orang menjauhkan diri dariku. Kata mereka, aku senyapkan sesuatu yang perlu diraikan. Aku tersenyum lagi.

"Jangan lupa jemput ana di hari menikahnya, jangan lupa!"

Aku hanya tersenyum entah sekian kalinya. Apa yang mampu aku zahirkan ialah senyuman dan terus tersenyum. Mereka mengandai aku sedang berbahagia apabila sudah dikhitbahkan dengan 'dia' yang mendekatkan aku dengan Allah. Sahabiah juga merasa kehilangan ku apabila setiap waktu
terluang aku habiskan masa dengan as-Syifa' ku al-Quran, tidak lain kerana aku mahu kalamullah meresap dalam darahku, agar ketenangan akan menyelinap dalam setiap derap nafas ku menanti hari itu.

"Bila enti menikah?"
Aku tiada jawapan khusus.

"Insya Allah, tiba waktunya nanti enti akan tahu..."

Aku masih menyimpan tarikh keramat itu, bukan aku sengaja tetapi memang benar aku sendiri tidak tahu bila tarikhnya.

"Jemput ana tau!" Khalilah tersenyum megah.

"Kalau enti tak datang pun ana tak berkecil hati, doakan ana banyak-banyak!" Itu saja pesanku. Aku juga tidak tahu di mana mahu melangsungkan pernikahan ku, aduh semuanya menjadi tanda tanya sendiri.
Diam dan terus berdiam membuatkan ramai insan berkecil hati.

"Insya Allah, kalian PASTI akan tahu bila sampai waktunya nanti..."

Rahsia ku adalah rahsia Allah, kerana itu aku tidak mampu memberikan tarikhnya. Cuma, hanya termampu aku menyiapkan diri sebaiknya. Untung aku dilamar dan dikhitbah dahulu tanpa menikah secara terkejut seperti orang lain. Semuanya aku sedaya upaya siapkan, baju menikahnya, dan aku
katakan sekali lagi kepada ibu...

"Usah berlebihan ya..."
Ibu angguk perlahan dan terus berlalu, hilang dari pandangan mata.
"Insyirah, jom makan!"
Aku tersenyum lagi... Akhir-akhir ini aku begitu pemurah dengan senyuman.
"Tafaddal, ana puasa."
Sahabiah juga semakin galak mengusik.
"Wah, Insyirah diet ya. Maklumlah hari bahagia dah dekat... Tarikhnya tak tetap lagi ke?"
"Bukan diet, mahu mengosongkan perut. Maaf, tarikhnya belum ditetapkan lagi."
Sehingga kini, aku tidak tahu bila tarikhnya yang pasti. Maafkan aku sahabat, bersabarlah menanti hari tersebut. Aku juga menanti dengan
penuh debaran, moga aku bersedia untuk hari pernikahan tersebut dan terus mengecap bahagia sepanjang alam berumahtangga kelak. Doakan aku,
itusahaja.
"inna lillahi wainna ilaihi rajiun..."
"Tenangnya... Subhanallah. Allahuakbar."
"Ya Allah, tenangnya..."
"Moga Allah memberkatinya...."

Allah, itu suara sahabat-sahabat ku, teman-teman seperjuangan aku pada ibu.
Akhirnya, aku selamat dinikahkan setelah sabar dalam penantian. Sahabiah ramai yang datang di majlis walimah walaupun aku tidak menjemput sendiri. Akhirnya, mereka ketahui sosok 'dia' yang mendekatkan aku kepada Allah. Akhirnya, mereka kenali sosok 'dia' yang aku rahsiakan dari pengetahuan umum. Akhirnya, mereka sama-sama mengambil 'ibrah dari sosok 'dia' yang mengkhitbah ku. Dalam sedar tidak sedar... Hampir setiap malam sebelum menjelang hari pernikahan ku... Sentiasa
ada suara sayu yang menangis sendu di hening malam, dalam sujud, dalam rafa'nya pada Rabbi, dalam sembahnya pada Ilahi. Sayup-sayup hatinya merintih. Air matanya mengalir deras, hanya Tuhan yang tahu.

"Ya Allah, telah Engkau tunangkan aku tidak lain dengan 'dia' yang
mendekatkan dengan Engkau. Yang menyedarkan aku untuk selalu berpuasa,yang menyedarkan aku tentang dunia sementara, yang menyedarkan aku tentang alam akhirat. Engkau satukan kami dalam majlis yang Engkau redhai, aku hamba Mu yang tak punya apa-apa selain Engkau sebagai sandaran harapan. Engkau maha mengetahui apa yang tidak aku ketahui..."
Akhirnya, Khalilah bertanya kepada ibu beberapa minggu kemudian...

"Insyirah bertunang dengan siapa, mak cik?"

Ibu tenang menjawab... "Dengan kematian wahai anakku. Kanser tulang
yang mulanya hanya pada tulang belakang sudah merebak dengan cepat pada
tangan, kaki juga otaknya. Kata doktor, Insyirah hanya punya beberapa
minggu sahaja sebelum kansernya membunuh."

"Allahuakbar..." Terduduk Khalilah mendengar, air matanya tak mampu ditahan.

"Buku yang sering dibacanya itu, malam pertama..."
Ibu angguk, tersenyum lembut... "Ini nak, bukunya " Senaskah buku
bertukar tangan, karangan Dr 'Aidh Abdullah al-Qarni tertera tajuk
'Malam Pertama di Alam Kubur'.

"Ya Allah, patut la Insyirah selalu menangis... Khalilah tak tahu mak cik."
"Dan sejak dari hari 'khitbah' tersebut, selalu Insyirah mahu berpuasa.
Katanya mahu mengosongkan perut, mudah untuk dimandikan..."

Khalilah masih kaku. Tiada suara yang terlontar. Matanya basah menatap kalam dari diari Insyirah yang diberikan oleh ibu.

"Satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku di risik oleh MAUT. Dan satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku sudah bertunang dengan MAUT. Dan aku akan sabar menanti tarikhnya dengan mendekatkan diri ku kepada ALLAH. Aku tahu ibu akan tenang menghadapinya, kerana ibuku bernama Ummu Sulaim, baginya anak adalah pinjaman dari ALLAH yang perlu dipulangkan apabila ALLAH meminta. Dan ibu mengambil 'ibrah bukan dari namanya (Ummu Sulaim) malah akhlaqnya sekali. Ummu Sulaim, seteguh dan setabah hati seorang ibu."

* Kisah ini bukan kisah ana, ianya kisah KITA (semua yang sedang membaca/tak) *


Mulai hari ini, jangan bersoal tika melihat ana memakai cincin. Kerana, ana sudah bertunang! Bertunang dengan kematian, tidak tahu bila ana akan dinikahkan dan tidak tahu bagaimana rezeki di malam pertama. Tetapi, sekurang-kurangnya apabila sudah dirisik dan bertunang, kita sama-sama akan mempersiapkan diri sebaik-baiknya walaupun bukan yang terbaik untuk hari pernikahan dengan KEMATIAN.....
Wallahua'lam.

Cukuplah kematian itu mengingatkan kita...
Cukuplah kita sedar kita akan berpisah dengan segala nikmat dunia.
Cukuplah kita sedar bahawa ada hari yang lebih kekal,
oleh itu sentiasalah berwaspada. Bimbang menikah tergesa-gesa,
tahu-tahu sudah disanding dan diarak seluruh kampung walau hanya dengan sehelai kain putih tak berharga.

Setidak-tidaknya, (watak di atas) sudah 'membeli' baju pernikahannya...Arh...Untungnya. (Cemburu! Cemburu! Cemburu!)

Friday, July 30, 2010

CINTAKU

kepada kau yang ku cinta

aku amat merinduimu,
ku rindu akan kecupanmu,
ku rindu akan sentuhanmu,
ku rindu akan pelukanmu,
semuanya tentang kamu mmbuatkan aku tidak menentu,
aku ingin bertemu dengan mu,pabila terkenangkanmu,
hatiku sebak memikirkan,
aku amat mencintaimu,
terima kasih untuk semua ini,
walaupun kita berjauhan,
hatiku sentiasa ada kamu,
kepada kau yang ku teramat cinta
Oh ibuku..


Sunday, July 11, 2010

mati yang menanti



kepada sahabat-sahabatku yang disayangi dan dirindui selalu,
dan juga kepada diriku,




marilah kita sama-sama mengigati mati,
sesunguhnya mati itu sangat hampir dengan kita semua,




lakukanlah segala amalan kita dengan niat kerana Allah,
tuhan pencipta kita.
hidup didunia hanyalah sementara,
lakulah segala amalan kerana Allah




muka mayat

7 jenis muka mayat di dlm kubur...

1. Mayat yang mukanya berpaling dari arah kiblat. Itulah petanda bahawa semasa hidupnya telah melakukan perkara syirik kepada Allah. Kawan-kawan syirik ini jangan buat main-main, dosa yang paling besar dalam Islam. Kekal dalam neraka ...selama-lamanya.

2. Mayat yang mukanya berbentuk babi. Itulah petanda semasa hidupnya tidak melakukan solat lima waktu, tidak menjaga solat lima waktu. Lalai dalam solatnya. Sesungguhnya solat dapat mencegah diri dari melakukan perbuatan keji dan mungkar. Perbuatan keji dan mungkar ini banyak, bukan hanya berduaan ditempat gelap, minum arak, berjudi sahaja. Tak tutup aurat juga perbuatan keji. Bayangkanlah sejak dari baligh lagi kawan-kawan tak pernah tutup aurat, berapa banyak dosa yang telah dikumpulkan. Siksa api neraka amat pedih oii.... Kalau kawan-kawan nak tahu bagaimana rasa 1/70 bahang (kalau tak silap) api neraka kawan-kawan cubalah cucuh hujung jari kawan-kawan dengan api, macam mana rasanya? Boleh tahan tak?

3. Mayat yang kepala menjadi batu yang hitam legam. Itulah mayat yang semasa hidupnya derhaka kepada kedua ibu-bapa.

4. Mayat yang perutnya buncit dan meletup. Itulah mayat yang semasa hidupnya suka makan harta yang haram. Harta yang haram banyak contohnya. Antaranya mencuri... harta yang haram. Merompak... harta haram. Melesapkan duit kawan... harta yang haram.

5. Mayat yang kukunya mengcengkam dan meliliti seluruh tubuhnya. Itulah mayat yang semasa hidupnya suka berkelahi, mengata orang dan mengumpat orang.

6. Mayat yang keluar mata air dari kuburnya dan air itu baunya lebih busuk dari bangkai. Itulah mayat orang yang suka makan riba'.

7. Mayat yang wajahnya tersenyum Itulah mayat yang semasa hidupnya berilmu dan beramal soleh.

Sunday, July 4, 2010

kelip-kelip

sebelum mengenalnye erti hidup. Aku tercari-cari matlamat untuk apa sume ini.
Di situ aku berada dalam sebuah tempat yang serba kegelapan,
aku ingin mencari punca cahaya, namun dalam pencarian aku tidak istiqamah melakukannya,
smpe suatu masa aku tersedar,

untuk mendapatkan cahaya, aku perlu kesabaran dan aku perlu terus berusaha mencari dan terus mencari,sehingga sampai suatu masa, aku terlihat sesuatu bagaikan kelip-kelip.
Ia bagaikan memangil-mangil aku untuk menari-nari bersamanya, aku tahu apa yang perlu aku lakukan hanyalah usaha.
ya..usaha la yang dapat membantu aku untuk mengharungi semua ini.
Allah hanya mahu menguji aku, Allah hendak melihat kesabaran aku, ketekunan aku dalam usaha ini, Allah juga mahu melihat aku istiqamah di jalan ini.
Ya Allah, terima kasih kerana memberi aku semua ini.
sekarang aku faham kenapa manusia di ciptakan,
manusia diciptakan hanyalah untuk 2 tujuan, (2:30)

  1. khalifah
  2. ibadah

    [30] Dan (ingatlah) tatkala Tuhan engkau berkata kepada Malaikat : Sesungguhnya Aku hendak menjadikan di bumi seorang khalifah. Berkata mereka : Apakah Engkau hendak menjadikan padanya orang yang merusak di dalam nya dan menumpahkan darah, padahal kami bertasbih dengan memuji Engkau dan memuliakan Engkau ? Dia berkata : Sesungguhnya Aku lebih mengetahui apa yang tidak kamu ketahui.


Sunday, April 11, 2010

DOA



ya Allah kurniakanlah kami lisan yang lembut basah megigati dan menyebut namaMu ya Allah. Hati yang penuh segar mensyukuri nikmat-Mu ya Allah,
serta badan yang ringan menyempurnakan ketaatan kepada perintah Mu ya Allah.
ya Allah kurnikanlah kami iman yang sempurna,
hati yang khusuk, ilmu yang berguna,keyakinan yang benar-benar mantap.
ya Allah kurniakanlah kami (diin) cara hidup yang jitu dan unggul,
selamat dari segala mara bahaya dan petaka.
kami mohon ya Allah kecukupan yang tidak sampai kami terpaksa meminta jasa orang lain. berikanlah kami ya Allah iman yang sebenar sehingga kami tidak lagi gentar atau mengharapkan orang lain selain dari Engkau sendiri,atau menyembah selain dari Engkau sendiri ya Allah. kembangkanlah naugan rahmatMu kepada kami, keluarga dan anak-anak kami, serta sesiapa sahaja yang bersama kami.
jangan ya Allah, Engkau biarkan nasib kami ditentukan oleh diri kami sendiri, walau sekadar sekelip mata atau sekadar masa yang lebih pendek dari itu.
Wahai Tuhan yang paling mudah dan cepat memperkenankan permintaan, perkenankanlah
ya Allah.



Monday, April 5, 2010

cinta ilahi

kita sebagai umat islam di bumi Allah S.W.T yang tahu bahawa hidup di dunia hanyalah sementara.umat manusia kini, lebih gemar mengejar duniawi yang hanya bersifat sementara berbanding akhirat yang kekal abadi. Cuba kita lihat manusia bertungkus-lumus mengejar impian dunia, sedangkan akhirt yang abadi di ketepikan. kita menghabiskan masa bertahun2 utk mengejar cita2, tidakkah kita terfikir, biarlah bersusah dahulu di dunia untuk mendapat kehidupan yang selamanya di akhirat kelak. "bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian". kita manusia bagaikan robot yg menjalani kehidupan di dunia. boleh dikatakan kita melakukan pekara yang sama pada setiap hari, tidakkah kita terfikir matlamat kita untk hidup di dunia ini untuk apa? marilah sama2 kita mencari cinta ilahi.
InsyAllah~